Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

DUNIAAA! BENCILAH ...

dunia memandang kau sebagai seorang yang paling jahat. paling kejam. kau la kemungkaran yang ada di bumi ni. yang perlu dijauhi, jangan ada yang mendekat.  dia menjauh dari kau dan mengajak orang lain jauh bersama, sungguh kau memang menjijikkan. jika ada yang mendekat, maka sakit akan menimpa mereka.  dalam pada dunia semua membenci kau, siapa akan bersama kau? mungkin keluarga akan ada di sisi. jika tidak, tetaplah kau teguh, kuatlah berdiri untuk diri kau sendiri. teruslah usaha mencari kehidupan, bertebaran lah engkau, semoga perjalanan hidup mematangkan engkau.  manusia itu datang dan pergi, biarlah diri kau yang dibenci tetapi bukan orang yang kau sayang. biar kebencian milikmu, tapi kasih sayang itu milik yang lain.  dalam pada dunia membencimu, janganlah dikau membenci diri kau sendiri. sayangilah diri kau, kerana apa yang kau ada bukan milik kau, tapi milik Pencipta yang Maha Esa. ENGKAU MAMPU, DAN ENGKAU KUAT! teruslah...

aku dan gerakan

"benda baik, tapi ramai orang keluar. fikir-fikirkan lah." menjadi persoalan bagi yang mungkin tidak memahami tentang gerakan. entry kali ini aku nak berceloteh mengenai gerakan yang ada dalam kampus KAL ini. dalam dunia ni banyak dan ramai orang yang nak bawa islam, ultimate goal mereka adalah "ustaziatul alam". islam agama syumul, indah, bersatu, perpaduan, mudah, di dalamnya ada solusi dari al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. baiklah, jawapan aku pada persoalan diatas: dalam melakukan kebaikan, tiada yang mudah. cuba kamu letakkan diri kamu dalam satu situasi dan keadaan di mana tempat yang kamu diami atau duduki itu serta diri kamu itu sendiri, kotor, usang, tiada bekalan, dan kamu harus hidup disitu untuk jangka masa yang panjang. dan apakah kamu selesa dengan keadaan itu? pasti kamu harus usahakan sesuatu utk memastikan keselesaan kamu dan orang yang bakal bertemu denganmu. apa yang pasti, keselesaan itu bakal kamu hadapi bukan dengan sendirinya, past...

IBU SAL

hari ini 11 januari 2018, aku dikejutkan dengan berita kehilangan bekas bos aku ditempat kerjaku setiap kali cuti semester, walau hanya sekejap, seminggu pun diberi izin untuk aku mencari wang saku, bekerja di stesennya. bos yang pemurah, baik hati budi, seorang yang penuh dengan nasihat, rasa cinta, sungguh aku rindukan beliau. beliau sudah aku anggap seperti ibu, kerana andai ibuku masih ada, maka mereka seusia. persoalan yang bermain dalam mindaku, kenapa para ibu yang dekat denganku diambil dahulu? pertama kali aku datang ke stesennya utk interview, aku terkejut dengan soalan-soalan yang diberikan, langsung tak terlintas akan ada soalan interview seperti itu. soalannya mendekatkan aku kepada Tuhan, kepada Pencipta. membuatkan aku berfikir, memberi nasihat, harapan. hari kedua aku kerja aku diberikan amanah untuk mengurus bahagian kewangan, pekerja lepasan matrikulasi bidang perakaunan, pekerja baru 2 hari. dibawa masuk kedalam office bersama senior dan akauntan luar utk mengajar....