Skip to main content

Posts

Backpackers part 1

Hai assalamualaikum. Rindu nak bercerita dekat blog. Kalini cerita tentang kemasyarakatan sikit la. Dan semua ni hanya pada pandangan aku personally. Kalini perjalanan aku sebagai seorang anak yatim yang merantau bersendirian (solo backpackers ). Sebenarnya bukan solo pun, berkumpulan. Tapi disebabkan last minute decision aku terpaksa bergerak seorang. Dan perjalanan kalini permulaannya menarik sikit. Yang belum pernah aku rasa sebelumnya. Okay, let's start! Untuk perjalanan dari Labuan ke Semporna ni asalnya aku tak ikut, tapi diajak oleh rakan-rakan lain dan memandangkan ada tempat yang aku belum pergi dan teringin nak pergi jadi aku ikut la bersama. Sama-sama kami cari duit untuk trip vacation ni. Sehari sebelum berangkat, aku pamit dengan nenek dan dikejutkan dengan sedekah yang diberikan. Part ni ada touch dia sikit la. Sebab orang kata doa anak yatim ni senang dimakbulkan begitu la (ke ada hadis atau mana2 ayat?). Jadi bermulalah perjalananku.  Malam tu k
Recent posts

DUNIAAA! BENCILAH ...

dunia memandang kau sebagai seorang yang paling jahat. paling kejam. kau la kemungkaran yang ada di bumi ni. yang perlu dijauhi, jangan ada yang mendekat.  dia menjauh dari kau dan mengajak orang lain jauh bersama, sungguh kau memang menjijikkan. jika ada yang mendekat, maka sakit akan menimpa mereka.  dalam pada dunia semua membenci kau, siapa akan bersama kau? mungkin keluarga akan ada di sisi. jika tidak, tetaplah kau teguh, kuatlah berdiri untuk diri kau sendiri. teruslah usaha mencari kehidupan, bertebaran lah engkau, semoga perjalanan hidup mematangkan engkau.  manusia itu datang dan pergi, biarlah diri kau yang dibenci tetapi bukan orang yang kau sayang. biar kebencian milikmu, tapi kasih sayang itu milik yang lain.  dalam pada dunia membencimu, janganlah dikau membenci diri kau sendiri. sayangilah diri kau, kerana apa yang kau ada bukan milik kau, tapi milik Pencipta yang Maha Esa. ENGKAU MAMPU, DAN ENGKAU KUAT! teruslah tersenyum ceria ibarat tiada duka yang

aku dan gerakan

"benda baik, tapi ramai orang keluar. fikir-fikirkan lah." menjadi persoalan bagi yang mungkin tidak memahami tentang gerakan. entry kali ini aku nak berceloteh mengenai gerakan yang ada dalam kampus KAL ini. dalam dunia ni banyak dan ramai orang yang nak bawa islam, ultimate goal mereka adalah "ustaziatul alam". islam agama syumul, indah, bersatu, perpaduan, mudah, di dalamnya ada solusi dari al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. baiklah, jawapan aku pada persoalan diatas: dalam melakukan kebaikan, tiada yang mudah. cuba kamu letakkan diri kamu dalam satu situasi dan keadaan di mana tempat yang kamu diami atau duduki itu serta diri kamu itu sendiri, kotor, usang, tiada bekalan, dan kamu harus hidup disitu untuk jangka masa yang panjang. dan apakah kamu selesa dengan keadaan itu? pasti kamu harus usahakan sesuatu utk memastikan keselesaan kamu dan orang yang bakal bertemu denganmu. apa yang pasti, keselesaan itu bakal kamu hadapi bukan dengan sendirinya, past

IBU SAL

hari ini 11 januari 2018, aku dikejutkan dengan berita kehilangan bekas bos aku ditempat kerjaku setiap kali cuti semester, walau hanya sekejap, seminggu pun diberi izin untuk aku mencari wang saku, bekerja di stesennya. bos yang pemurah, baik hati budi, seorang yang penuh dengan nasihat, rasa cinta, sungguh aku rindukan beliau. beliau sudah aku anggap seperti ibu, kerana andai ibuku masih ada, maka mereka seusia. persoalan yang bermain dalam mindaku, kenapa para ibu yang dekat denganku diambil dahulu? pertama kali aku datang ke stesennya utk interview, aku terkejut dengan soalan-soalan yang diberikan, langsung tak terlintas akan ada soalan interview seperti itu. soalannya mendekatkan aku kepada Tuhan, kepada Pencipta. membuatkan aku berfikir, memberi nasihat, harapan. hari kedua aku kerja aku diberikan amanah untuk mengurus bahagian kewangan, pekerja lepasan matrikulasi bidang perakaunan, pekerja baru 2 hari. dibawa masuk kedalam office bersama senior dan akauntan luar utk mengajar.

JANJI

Kenapa orang masih mintak seseorang itu untuk berjanji, sedangkan dia tak yakin dengan orang tu? Dan bagi aku, aku adalah seperti apa yang kau risaukan apa yang kau fikirkan.

MARAH

baru-baru ni kelab aku ada buat AGM, aku sebagai pimpinan lama berbesar hati lah nak datang sebab nak turun pimpinan kan. sehari sebelum AGM aku di"invite" dalam group whatsapp, title "bakal pimpinan 16/17". aku pada mulanya boleh la terima lagi kan sebab kami semua tak tau pun akan dapat jawatan apa. lepastu, bila aku tengok senarai nama ahli dalam group baru tu, aku dah boleh agak la yang kalau aku naik pun aku akan berada di sektor yang sama. masa hari kejadian, sebelum AGM bermula aku diminta untuk buat pesanan kepada bakal pimpinan yang akan ganti tempat aku nanti. disebabkan aku dah boleh agak aku akan naik nanti sebagai apa, aku pun memberontak la. perlu ke nak buat pesanan, ucapan bagai. buat ucapan untuk diri sendiri buat apa. dan lagi satu, aku sebenarnya memang dah tak ada mood pun nak pegang lagi jawatan yang sama. aku tak suka kerja yang aku kena buat dalam jangka masa yang lama dan berulang. bagi aku benda tu tak buat aku lagi berkembang. masa meet

Nature

Assalamualaikum.. Hai. Lama tak menulis. Kali ni nak share sikit je pasal surrounding. Apa yang berlaku, apa yang boleh diambil iktibar untuk kehidupan. Ada sekali tu aku ada aktiviti yang melibatkan warga atau penduduk labuan. Aku temu ramah ada sorang mak cik ni, nak mintak pendapat dia berkenaan kenaikan harga barang sekarang, dia okay ke kalau harga barang lepas ni naik. Aku terkejut dengan jawapan dia. Dia SETUJU (means okay). Aku pun tanya lah kenapa setuju pulak? Dia kata, dah kalau orang lain setuju dan ok, kenapa saya x setuju. *Dan kalau pun ada rakyat yang rasa tertindas, kerajaan tetap akan naik kan harga jugak. Aku monolog sendiri sambil mendengar hujah mak cik tu. Kemudian aku tanya lagi, mak cik memang asal dari labuan ka? Dia kata aku dari philipine. Cari rezeki di sini. Mau hantar anak sekolah. Kos sara hidup kat sana tinggi jugak. Lepastu aku ada dengar cerita dan aku perhatikan sendiri anak-anak kecil di sebelah sabah labuan ni keluar cari kerja. Diorang macam-maca