Skip to main content

aku dan gerakan

"benda baik, tapi ramai orang keluar. fikir-fikirkan lah."

menjadi persoalan bagi yang mungkin tidak memahami tentang gerakan. entry kali ini aku nak berceloteh mengenai gerakan yang ada dalam kampus KAL ini. dalam dunia ni banyak dan ramai orang yang nak bawa islam, ultimate goal mereka adalah "ustaziatul alam". islam agama syumul, indah, bersatu, perpaduan, mudah, di dalamnya ada solusi dari al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

baiklah, jawapan aku pada persoalan diatas: dalam melakukan kebaikan, tiada yang mudah. cuba kamu letakkan diri kamu dalam satu situasi dan keadaan di mana tempat yang kamu diami atau duduki itu serta diri kamu itu sendiri, kotor, usang, tiada bekalan, dan kamu harus hidup disitu untuk jangka masa yang panjang. dan apakah kamu selesa dengan keadaan itu? pasti kamu harus usahakan sesuatu utk memastikan keselesaan kamu dan orang yang bakal bertemu denganmu. apa yang pasti, keselesaan itu bakal kamu hadapi bukan dengan sendirinya, pasti ada bantuan dari orang lain. begitulah dalam gerakan, mereka tidak bekerja sendirian. utk melakukan kebaikan itu banyak cabarannya, cuma yang kuat yang akan tetap tinggal dan berada dalam gerabak tersebut. dalam gerakan mereka diuji dengan kewangan, keluarga, makanan, tapi apakah mereka mampu melewatinya? islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali dengan asing. mereka adalah insan luar biasa, tidak dapat aku nafikan. yang mereka pegang hanya satu, jika kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. dan percayalah akan janji-janji Allah.

sekarang kita masuk tajuk kita. "aku dan gerakan". selama 22 tahun aku hidup, sudah 8 tahun aku berkecimpung dengan gerakan islam. gerakan yang menyeru melakukan kebaikan, kalau diikutkan aku tiada masalah dalam gerakan kerana aku sudah faham apa yang mereka ingin bawa, aku diberi pendedahan, bagi aku, aku didedahkan pada usia yang paling awal antara yang lain. dan jujur aku tidak menyalahkan mana-mana gerakan atas kekhilafan yang aku lakukan, aku akui segala kekhilafan itu datang dari aku, dan solusinya juga ada pada aku. sesampainya aku dikampus, aku di"approach" utk sertai gerakan dan sudah aku nyatakan andai aku buat silap dan kekurangan yang aku hadapi, aku tidak menyalahkan gerakan, ya bukan salah mereka. hanya aku yang tidak bijak mengurus. aku tidak banyak bertanya kerana aku jumpa jawapan dari persoalanku. aku tidak menyalahkan orang lain, kerana salah itu bakal berbalik semula kepada aku. 

pembawaan mereka betul, apa yang mereka ingin sebarkan itu betul. tapi cara mereka kurang tepat. memang untuk memuaskan hati semua orang, tiada siapa yang mampu. kepuasan itu tiada batas. dan tiada siapa yang mampu memenuhi kehendak manusia tanpa batas dengan keadaan diri yang tidak sempurna. pasti ada kurangnya, pasti ada compang-campingnya. mereka yang menilainya sememangnya mudah berkata apa-apa yang mereka mahu, tetapi hanya kalian yang tahu keperitannya kerana kalian yang menghadapinya. sungguh dalam melakukan kebaikan ini tidak mudah, untuk mengekalkan orang untuk mengajak kepada kebaikan juga tidak mudah. bukan mereka yang kawal fikiran dan hati manusia, tetapi Allah. buat yang masih berada dalam gerakan, teruskan meminta pada Allah. kerana solusi ada pada Dia dan agamaNya.

buat yang bakal meneruskan gerakan, jangan kamu tinggalkan atau sisihkan orang yang membuat kesalahan, jangan kamu putuskan tali persaudaraan. bertegurlah, sesungguhnya mereka senang bila didampingi. memang kalian benci, tapi bencilah atas kesalahannya. mereka juga punya hati.

menginginkan bersamamu adalah harapanku,
aku sedar semua ini punca dariku,
aku tidak menyalahkanmu,
kerana cintaku masih punya untuk kamu,
sayang dan rinduku juga menebal buatmu,

maaf atas masa yang kalian luangkan dan bazirkan,
terima kasih atas teguran yang diberikan,
aku tahu itu semua kerana kasih dan sayang dari kalian,
tapi masih ada jalan,
jalan belum pernah kalian fikirkan,
antara jalan yang memudahkan,
atau jalan yang menyatukan.
adakah kalian mahu menyimpan,
atau kalian melupakan.
seolah-olah tiada dalam kehidupan,
tidak wujud dalam ingatan,
dan tiada memori bersama kalian.

andai kalian masih menerimaku,
terimalah aku tanpa kisah laluku,
terima diriku yang baru,
yang bersemangat untuk bergerak bersamamu,
sungguh aku rindu kamu yang dulu,
dan kamu,
melihatku seperti tiada harapan dan nafas yang baru,
lakukanlah apa pun yang kamu mahu,
andai fikiranmu tetap begitu,
tidak dapat aku mengubah takdir kamu dan aku.

andai aku tidak lagi dapat bersama,
teruskanlah perjuangan yang tiada hentinya,
ibarat tasbih yang ada awal tiada hujungnya,
teruskanlah menebarkan kebaikan melata,
bersama penerus yang setara,
yang semangatnya membara,
yang idea dan pemikirannya luar biasa.

ya, akulah pendusta, akulah pendosa, akulah perosak ukhuwah, yang zalim, yang kejam.

tapi apa yang kalian perlu tau,
aku sentiasa ada untuk kamu disaat kau memerlukanku.
aku ingin bersamamu dikala dukamu,
dikala bahagiamu,
nikmatilah bersama yang kamu mahu,
tanpa diriku.
aku sedar siapa aku,
yang tak layak dan tak mampu lagi bergelak tawa bersamamu.




Comments

Popular posts from this blog

pengalaman terindah

     Di sebuah pekan kecil,tinggal seorang gadis yg lbih dikenali sbg fasz.Dia seorg gadis lpsn pmr.Itulah aku.Sprti biasa,pihak skolah telah membuat program pasca pmr.Pada minggu yg ketiga guru skolahku mengadakan aktiviti memanah,,,      Dlm wktu yang sama diadakan pertandingan bola jaring pelajar perempuan,manakala pelajar lelaki diadakan pertandingan futsal.Aktiviti memanah dimulakan oleh pelajar perempuan yg tidak mengambil bahagian,pada mulanya aku tidak terlibat dan ambil bahagian untuk memanah,setelah beberapa minit menunggu giliran yang tidak kunjung tiba,aku kemudiannya mengorak melangkah pergi ke tempat perlawanan bola jaring dan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh beberapa temannya,memerlukan seorang pemain untk menjadi GK,dengan tidak disangka aku bersetuju utk bermain,"daripada aku tunggu lama giliran aku nk memanah,baik aku main jap,,,apa salahnya,,hehe.."kataku kepada salah seorang temanku..       Dengan tidak disan...

MARAH

baru-baru ni kelab aku ada buat AGM, aku sebagai pimpinan lama berbesar hati lah nak datang sebab nak turun pimpinan kan. sehari sebelum AGM aku di"invite" dalam group whatsapp, title "bakal pimpinan 16/17". aku pada mulanya boleh la terima lagi kan sebab kami semua tak tau pun akan dapat jawatan apa. lepastu, bila aku tengok senarai nama ahli dalam group baru tu, aku dah boleh agak la yang kalau aku naik pun aku akan berada di sektor yang sama. masa hari kejadian, sebelum AGM bermula aku diminta untuk buat pesanan kepada bakal pimpinan yang akan ganti tempat aku nanti. disebabkan aku dah boleh agak aku akan naik nanti sebagai apa, aku pun memberontak la. perlu ke nak buat pesanan, ucapan bagai. buat ucapan untuk diri sendiri buat apa. dan lagi satu, aku sebenarnya memang dah tak ada mood pun nak pegang lagi jawatan yang sama. aku tak suka kerja yang aku kena buat dalam jangka masa yang lama dan berulang. bagi aku benda tu tak buat aku lagi berkembang. masa meet...

kalau azab dpn mata

Assalamualaikum.. lme x update blog ni.. Skrg saya dh memasuki alam pekerjaan buat sementara waktu,sambil tggu result SPM keluar..so saya agk terkejut jugak la dgn budaya masyarakat sekeliling..  Terkejut budaya 1 keluar jalan2 x pkai tudung..cuba bygkn kalo azab tu ada dpn mata,agk2 dyorg brani x nk keluar rumah dgn x bertudung?of course la x..sape la yg volunteer utk rambutnye dibakar kaann..lg satu bukankah semua sedia maklum bahawa,selangkah anak perempuan keluar drpd rumah tanpa menutup aurat,selangkah jugak kita membawa ayh kita ke neraka..jd,awek2 semua..syg ayh x??ayh2 semua..syg diri and ank2 and isteri x??sooo,kalosyg amik la tindakan yg sewajarnya ke arah yg lbih baik utk diri dan ahli keluarga andaaaa..                                                                    Terkejut budaya 2 Laki...