Skip to main content

Backpackers part 1

Hai assalamualaikum.

Rindu nak bercerita dekat blog. Kalini cerita tentang kemasyarakatan sikit la. Dan semua ni hanya pada pandangan aku personally.

Kalini perjalanan aku sebagai seorang anak yatim yang merantau bersendirian (solo backpackers ). Sebenarnya bukan solo pun, berkumpulan. Tapi disebabkan last minute decision aku terpaksa bergerak seorang. Dan perjalanan kalini permulaannya menarik sikit. Yang belum pernah aku rasa sebelumnya.

Okay, let's start!

Untuk perjalanan dari Labuan ke Semporna ni asalnya aku tak ikut, tapi diajak oleh rakan-rakan lain dan memandangkan ada tempat yang aku belum pergi dan teringin nak pergi jadi aku ikut la bersama. Sama-sama kami cari duit untuk trip vacation ni. Sehari sebelum berangkat, aku pamit dengan nenek dan dikejutkan dengan sedekah yang diberikan. Part ni ada touch dia sikit la. Sebab orang kata doa anak yatim ni senang dimakbulkan begitu la (ke ada hadis atau mana2 ayat?). Jadi bermulalah perjalananku. 

Malam tu kami dikejutkan dengan tiba-tiba salah satu dari rakan kami tidak mahu teruskan trip ni atas sebab sumber kewangan yang tidak mencukupi. Fikir punya fikir, jumpa penyelesaian tetapi orangnya berkeras tidak mahu ikut. keesokan paginya, semua ahli dapat ikut. Yeaayy! Dan semua sama trip kecuali aku. Perjalanan aku sangat jauh dan panjang. Orang kata jauh perjalanan luas pandangan dan itu yang mematangkan. *wink

Sesampainya kami di Menumbok masing-masing mengatur langkah dan membawa haluan. Sebenarnya best je solo backpackers ni. Kita banyak berjumpa orang baru. Tak kenal pun tapi boleh bertegur. Berkenalan. Rezeki la bagi aku yang jenis kalau dah memang dengan kawan tu mana nak tegur orang lain. *kalau aku agent takaful ni dah settle 3v aku*. Ok back to story. Masa dekat terminal Menumbok bercerita dengan satu orang adik ni dari vokasional Labuan. Siapa sangka yang sopan bertudung berpurdah amik kejuruteraan awam. Aku teruskan lagi perjalanan naik bas ke KK. Duduk bersebelahan dengan ada seorang pakcik ni. Sepanjang perjalanan tu bini nya rajin call. Risau kali. Masa dah nak sampai terminal tu bercerita sikit, tanya-tanya. Gaya dia nampak biasa sahaja. Tapi rezeki Allah bagi dekat dia dapat anak yang hebat-hebat belaka. Yang satu belajar medical, yang kedua ambil engineering, yang last SMS Labuan. Sesampainya di terminal, aku bersama junior yang aku kenal sama-sama kami pergi makan di kfc. Hampir habis kami makan datang ada seorang pakcik ni, berkopiah bawak beg yang penuh dengan ayat kursi dan yaasiin. Dia keluarkan kedua-dua tu dan kami pun keluarkan duit. Nilainya sikit sahaja tapi pakcik tu terus mendoakan kami. Entah kenapa aku rasa touched. Yang terakhir untuk solo backpacker part 1 ni adalah perjalanan dari terminal wawasan KK ke terminal inanam. Mungkin itu trip terakhir bas tu, jd orang yang panggil-panggil penumpang ni pun naik sekali. Sepanjang perjalanan tu diorang bercerita antara diorang. Tapi kuat dan aku terdengar perbualan diorang. Dan siapa sangka orang yang kita tengok macam nakal-nakal begitu masih ingat Tuhan. Walaupun diorang macam bergurau, tapi mesti ada satu part tu yang "there is no joke bro". And journey part 1 give me some value added to my live. It means something. Alhamdulillah

Comments

Popular posts from this blog

pengalaman terindah

     Di sebuah pekan kecil,tinggal seorang gadis yg lbih dikenali sbg fasz.Dia seorg gadis lpsn pmr.Itulah aku.Sprti biasa,pihak skolah telah membuat program pasca pmr.Pada minggu yg ketiga guru skolahku mengadakan aktiviti memanah,,,      Dlm wktu yang sama diadakan pertandingan bola jaring pelajar perempuan,manakala pelajar lelaki diadakan pertandingan futsal.Aktiviti memanah dimulakan oleh pelajar perempuan yg tidak mengambil bahagian,pada mulanya aku tidak terlibat dan ambil bahagian untuk memanah,setelah beberapa minit menunggu giliran yang tidak kunjung tiba,aku kemudiannya mengorak melangkah pergi ke tempat perlawanan bola jaring dan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh beberapa temannya,memerlukan seorang pemain untk menjadi GK,dengan tidak disangka aku bersetuju utk bermain,"daripada aku tunggu lama giliran aku nk memanah,baik aku main jap,,,apa salahnya,,hehe.."kataku kepada salah seorang temanku..       Dengan tidak disan...

MARAH

baru-baru ni kelab aku ada buat AGM, aku sebagai pimpinan lama berbesar hati lah nak datang sebab nak turun pimpinan kan. sehari sebelum AGM aku di"invite" dalam group whatsapp, title "bakal pimpinan 16/17". aku pada mulanya boleh la terima lagi kan sebab kami semua tak tau pun akan dapat jawatan apa. lepastu, bila aku tengok senarai nama ahli dalam group baru tu, aku dah boleh agak la yang kalau aku naik pun aku akan berada di sektor yang sama. masa hari kejadian, sebelum AGM bermula aku diminta untuk buat pesanan kepada bakal pimpinan yang akan ganti tempat aku nanti. disebabkan aku dah boleh agak aku akan naik nanti sebagai apa, aku pun memberontak la. perlu ke nak buat pesanan, ucapan bagai. buat ucapan untuk diri sendiri buat apa. dan lagi satu, aku sebenarnya memang dah tak ada mood pun nak pegang lagi jawatan yang sama. aku tak suka kerja yang aku kena buat dalam jangka masa yang lama dan berulang. bagi aku benda tu tak buat aku lagi berkembang. masa meet...

kalau azab dpn mata

Assalamualaikum.. lme x update blog ni.. Skrg saya dh memasuki alam pekerjaan buat sementara waktu,sambil tggu result SPM keluar..so saya agk terkejut jugak la dgn budaya masyarakat sekeliling..  Terkejut budaya 1 keluar jalan2 x pkai tudung..cuba bygkn kalo azab tu ada dpn mata,agk2 dyorg brani x nk keluar rumah dgn x bertudung?of course la x..sape la yg volunteer utk rambutnye dibakar kaann..lg satu bukankah semua sedia maklum bahawa,selangkah anak perempuan keluar drpd rumah tanpa menutup aurat,selangkah jugak kita membawa ayh kita ke neraka..jd,awek2 semua..syg ayh x??ayh2 semua..syg diri and ank2 and isteri x??sooo,kalosyg amik la tindakan yg sewajarnya ke arah yg lbih baik utk diri dan ahli keluarga andaaaa..                                                                    Terkejut budaya 2 Laki...