Skip to main content

Nature

Assalamualaikum.. Hai. Lama tak menulis. Kali ni nak share sikit je pasal surrounding. Apa yang berlaku, apa yang boleh diambil iktibar untuk kehidupan.
Ada sekali tu aku ada aktiviti yang melibatkan warga atau penduduk labuan. Aku temu ramah ada sorang mak cik ni, nak mintak pendapat dia berkenaan kenaikan harga barang sekarang, dia okay ke kalau harga barang lepas ni naik. Aku terkejut dengan jawapan dia. Dia SETUJU (means okay). Aku pun tanya lah kenapa setuju pulak? Dia kata, dah kalau orang lain setuju dan ok, kenapa saya x setuju. *Dan kalau pun ada rakyat yang rasa tertindas, kerajaan tetap akan naik kan harga jugak. Aku monolog sendiri sambil mendengar hujah mak cik tu. Kemudian aku tanya lagi, mak cik memang asal dari labuan ka? Dia kata aku dari philipine. Cari rezeki di sini. Mau hantar anak sekolah. Kos sara hidup kat sana tinggi jugak.
Lepastu aku ada dengar cerita dan aku perhatikan sendiri anak-anak kecil di sebelah sabah labuan ni keluar cari kerja. Diorang macam-macam kerja diorang buat. Jual plastik, angkat barang, kerja dekat kedai makan, jadi cleaner dan macam-macam lagi la. Jadi logik la anak-anak di sabah ni lebih matang dan ada adab. Berbeza dengan di semenanjung. Ada sekali tu aku balik cuti sem dan luangkan masa dengan kakak pergi bandar. Kitorang naik bas. Kebetulan kitorang keluar tu hari sekolah dan balik masa budak sekolah petang balik la. Masa dalam perjalanan balik, ada seorang budak tu, dengan berpakaian sekolah agama naik bas, gaya dia mcm orang mabuk pun ada jugak. Sebelum dia naik tu, dia jerit-jerit, aku ingat dia panggil kawan. Rupanya dia panggil MAK dia. Dengan bawak beg sekolah budak tu, barang dia lagi.  Aku perhati je. Dia makan something, pastu plastik makanan tu dia campak je dalam bas tu. Aku jadi blur. Tapi aku usaha jugak la nak adapt yang aku ada kat tempat asal aku sendiri. Sepanjang dalam bas tu, aku banyak perhati orang sekeliling. Macam-macam scene ada. Aku jadi macam makhluk yang baru datang daripada planet lain (kyle XY). Mungkin apa yang terjadi tu ada sebab dia. Mungkin faktor persekitaran yang buat seseorang tu jadi macam tu. Harap generasi akan datang dapat dibentuk dengan lebih baik.  Sekian post kali ini. Adios!

Comments

Popular posts from this blog

IBU SAL

hari ini 11 januari 2018, aku dikejutkan dengan berita kehilangan bekas bos aku ditempat kerjaku setiap kali cuti semester, walau hanya sekejap, seminggu pun diberi izin untuk aku mencari wang saku, bekerja di stesennya. bos yang pemurah, baik hati budi, seorang yang penuh dengan nasihat, rasa cinta, sungguh aku rindukan beliau. beliau sudah aku anggap seperti ibu, kerana andai ibuku masih ada, maka mereka seusia. persoalan yang bermain dalam mindaku, kenapa para ibu yang dekat denganku diambil dahulu? pertama kali aku datang ke stesennya utk interview, aku terkejut dengan soalan-soalan yang diberikan, langsung tak terlintas akan ada soalan interview seperti itu. soalannya mendekatkan aku kepada Tuhan, kepada Pencipta. membuatkan aku berfikir, memberi nasihat, harapan. hari kedua aku kerja aku diberikan amanah untuk mengurus bahagian kewangan, pekerja lepasan matrikulasi bidang perakaunan, pekerja baru 2 hari. dibawa masuk kedalam office bersama senior dan akauntan luar utk mengajar....

MARAH

baru-baru ni kelab aku ada buat AGM, aku sebagai pimpinan lama berbesar hati lah nak datang sebab nak turun pimpinan kan. sehari sebelum AGM aku di"invite" dalam group whatsapp, title "bakal pimpinan 16/17". aku pada mulanya boleh la terima lagi kan sebab kami semua tak tau pun akan dapat jawatan apa. lepastu, bila aku tengok senarai nama ahli dalam group baru tu, aku dah boleh agak la yang kalau aku naik pun aku akan berada di sektor yang sama. masa hari kejadian, sebelum AGM bermula aku diminta untuk buat pesanan kepada bakal pimpinan yang akan ganti tempat aku nanti. disebabkan aku dah boleh agak aku akan naik nanti sebagai apa, aku pun memberontak la. perlu ke nak buat pesanan, ucapan bagai. buat ucapan untuk diri sendiri buat apa. dan lagi satu, aku sebenarnya memang dah tak ada mood pun nak pegang lagi jawatan yang sama. aku tak suka kerja yang aku kena buat dalam jangka masa yang lama dan berulang. bagi aku benda tu tak buat aku lagi berkembang. masa meet...