baru-baru ni kelab aku ada buat AGM, aku sebagai pimpinan lama berbesar hati lah nak datang sebab nak turun pimpinan kan. sehari sebelum AGM aku di"invite" dalam group whatsapp, title "bakal pimpinan 16/17". aku pada mulanya boleh la terima lagi kan sebab kami semua tak tau pun akan dapat jawatan apa. lepastu, bila aku tengok senarai nama ahli dalam group baru tu, aku dah boleh agak la yang kalau aku naik pun aku akan berada di sektor yang sama.
masa hari kejadian, sebelum AGM bermula aku diminta untuk buat pesanan kepada bakal pimpinan yang akan ganti tempat aku nanti. disebabkan aku dah boleh agak aku akan naik nanti sebagai apa, aku pun memberontak la. perlu ke nak buat pesanan, ucapan bagai. buat ucapan untuk diri sendiri buat apa. dan lagi satu, aku sebenarnya memang dah tak ada mood pun nak pegang lagi jawatan yang sama. aku tak suka kerja yang aku kena buat dalam jangka masa yang lama dan berulang. bagi aku benda tu tak buat aku lagi berkembang.
masa meeting sebelum kami nak buat AGM tu sesama pimpinan ada cari ahli kelab yang berpotensi untuk dinaikkan sebagai pimpinan baru. setiap sektor kena bagi nama ahli yang berpotensi la. lepastu, untuk sektor aku, dah la tak banyak buat aktiviti dengan ahli, tak boleh nak masuk pun dengan ahli, jadi itu satu kesukaran la bagi aku untuk bagi nama yang aktif dan berpotensi untuk dinaikkan sebagai pimpinan. dan pada masa tu jugak ketua aku tak boleh nak hadir meeting tu, jadi aku terpaksa la jadi wakil untuk sektor aku. *dlu aku timbalan. bila giliran aku kena sebut ahli tu aku sebut la nama ketua aku, sebab dia tu memang ada la semangat, banyak berkorban harta untuk sektor tu. dan aku ada bagi lagi nama ahli lain, kecuali nama aku. tiba-tiba diorang yang pimpinan atasan ni sebut nama aku, calonkan aku, aku dah cakap aku ni malas, bukan nak gerak pun. sebut la yang buruk-buruk supaya nama aku tak tersenarai. gaduh punya gaduh nama aku tetap disenaraikan.
balik kepada hari AGM tu, lepas pimpinan lama dah turun. disebut pulak nama pimpinan baru, nama yang ada dalam group tadi tu kebanyakan dah naik atas pentas. lepastu giliran aku, seperti dalam jangkaan aku naik di sektor yang sama cuma berubah daripada timbalan naik pengerusi, tu je. then nama timbalan aku disebut dan dalam jangkaan aku jugak orangnya siapa, sebab semua sektor dah disebut kecuali sektor aku dan ada la lagi satu yang aku yakin bukan tempat untuk dia. bila dah tau tu lagi aku hilang semangat. dah la aku ni malas, dapat pulak timbalan yang slow. aku memang tak berkenan dengan tindak tanduk dia yang slow dari awal aku kenal dia. bila dah habis AGM tu aku pun dah balik bilik, pimpinan yang baru ni post dekat group pasal tanzim. aku dapat je whatsapp tu dekat group, aku left semuanya. semua group yang dipostkan pasal tanzim aku left. sebab tak suka
lepas daripada tu mula la masing-masing nak tunjuk care, nak backup timbalan aku. kata dah semangat la apa la, aku tengok tak ada pun effort yang dia buat untuk majukan sektor aku tu. dia ada kata nak jumpa aku, nak bincang la konon. dia suruh AKU DATANG DEKAT DIA, untuk bincang pasal sektor aku tu. aku rasa macam nak pekiiiiik je kat telinga dia bagi dia sedar sikit. dia kata nak jumpa lepas asar. aku sengaja tak datang sebab aku nak tengok effort dia. aku yang SATU orang ni pun dia tak boleh nak handle, macam mana nak handle sektor aku? ahli aku? dia bagitau nak jumpa dah nak zohor, kalau dia betul- betul excited dan semangat, dia akan keep contact aku bila aku lambat, whatsapp ingatkan balik, keep update baru aku nampak usaha dia. ini tak, senyap sunyi je.
untuk bagi dia rasa dihargai, aku pun datang la masjid masa maghrib *kira lepas asar la tu* sebab dia memang ajak jumpa kat masjid. lepas dah solat semua dia nampak aku, tapi dia buat tak tau je, dah la buat tak tau dekat aku, melayan orang lain pulak tu. memang hilang la trust aku dekat dia. orang lain duk defend dia kata semangat la apa la dekat aku, tapi apa dia buat dekat aku??? aku bukan lah nak bajet bagus, tunjuk besar ke apa. tapi kalau dulu sektor aku tu tak maju, dapat dekat dia yang slow macam tu bole bagi lagi maju ke? actually sektor aku ni kena jaga kedai, kena cari duit untuk kelab. korang tau apa idea "bernas" yang dia nak bawak untuk kedai aku tu? dia nak cat baru kedai tu, idea "bernas" dia tu dah lama dah kitorang pimpinan lama ni bawak. tapi tak menjadi, tau sebab apa? sebab duit pun tak cukup. dapat kat dia banyak keluar duit je, silap-silap haribulan lingkup kedai tu.
and aku nak tambah lagi, sekarang ni kedai tu dia bukak dah. dah boleh urus dah, dia bukan tak tau selok belok pengurusan kedai tu, dia tau. dah 4 hari dia jadi pimpinan, tak terbukak jugak. orang kata dia semangat, mana semangat tu?bukan setakat kedai la, group pimpinan dengan ahli pun dia krik-krik. dia tu diinvite dengan terhormat tau, dalam group yang baru. dia bukan hasil tangkap muat macam aku dulu ke apa, orang maklum dengan pertukaran pimpinan.
kalau nak diungkitkan banyak benda lagi aku bengang. cuma penat nak taip. ni pun dah panjang.
okay lah. tuje . lagi disambung lagi rasa nak marah.

ASSALAMUALAIKUM.
Comments
Post a Comment