Skip to main content

pengalaman terindah

     Di sebuah pekan kecil,tinggal seorang gadis yg lbih dikenali sbg fasz.Dia seorg gadis lpsn pmr.Itulah aku.Sprti biasa,pihak skolah telah membuat program pasca pmr.Pada minggu yg ketiga guru skolahku mengadakan aktiviti memanah,,,
     Dlm wktu yang sama diadakan pertandingan bola jaring pelajar perempuan,manakala pelajar lelaki diadakan pertandingan futsal.Aktiviti memanah dimulakan oleh pelajar perempuan yg tidak mengambil bahagian,pada mulanya aku tidak terlibat dan ambil bahagian untuk memanah,setelah beberapa minit menunggu giliran yang tidak kunjung tiba,aku kemudiannya mengorak melangkah pergi ke tempat perlawanan bola jaring dan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh beberapa temannya,memerlukan seorang pemain untk menjadi GK,dengan tidak disangka aku bersetuju utk bermain,"daripada aku tunggu lama giliran aku nk memanah,baik aku main jap,,,apa salahnya,,hehe.."kataku kepada salah seorang temanku..
      Dengan tidak disangka kumpulan aku menang 2-1,,kemudian dengan selamba badaknya aku meninggalkan tempat perlawanan dan pergi ke tempat memanah.Setibanya disana,tibalah giliranku yakni giliran yang terakhir bg pelajar perempuan,,aku punya malu tidak terkata kerana pada waktu itu pelajar lelaki berada di hadapanku sambil menunggu giliran mereka.Guru yang mengajar teknik memanah memberi kata2 semangat kpdku..
      Pada awalnya tersasar,pada kedua kalinya pula,aku terdengar sayup2 suara yg memberi sdikit semngat dia berkata"bayangkn tu yahudi".Pada mulanya aku tidak berapa nk serius,apabila aku melepaskan panahanku yang kedua kalinya,ternyata ia tersasar...
      Setelah di beri penjelasan dari guruku,aku semakin yakin dan bersemangat..walaupun tak tepat aku berpuas hati kerana panahan terakhirku terkena pada papan target.
                    *sungguh tidak disangka-sangka,buat pertamakalinya.*.









Comments

  1. bestnya dapat memanah..next tym boleh try lagi...camane ni,, bygkan yahudi pun stil x kena gak? huhuu...abid abid

    ReplyDelete
  2. tula pasal,,kata-kata kurang penghayatan daa,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IBU SAL

hari ini 11 januari 2018, aku dikejutkan dengan berita kehilangan bekas bos aku ditempat kerjaku setiap kali cuti semester, walau hanya sekejap, seminggu pun diberi izin untuk aku mencari wang saku, bekerja di stesennya. bos yang pemurah, baik hati budi, seorang yang penuh dengan nasihat, rasa cinta, sungguh aku rindukan beliau. beliau sudah aku anggap seperti ibu, kerana andai ibuku masih ada, maka mereka seusia. persoalan yang bermain dalam mindaku, kenapa para ibu yang dekat denganku diambil dahulu? pertama kali aku datang ke stesennya utk interview, aku terkejut dengan soalan-soalan yang diberikan, langsung tak terlintas akan ada soalan interview seperti itu. soalannya mendekatkan aku kepada Tuhan, kepada Pencipta. membuatkan aku berfikir, memberi nasihat, harapan. hari kedua aku kerja aku diberikan amanah untuk mengurus bahagian kewangan, pekerja lepasan matrikulasi bidang perakaunan, pekerja baru 2 hari. dibawa masuk kedalam office bersama senior dan akauntan luar utk mengajar....

MARAH

baru-baru ni kelab aku ada buat AGM, aku sebagai pimpinan lama berbesar hati lah nak datang sebab nak turun pimpinan kan. sehari sebelum AGM aku di"invite" dalam group whatsapp, title "bakal pimpinan 16/17". aku pada mulanya boleh la terima lagi kan sebab kami semua tak tau pun akan dapat jawatan apa. lepastu, bila aku tengok senarai nama ahli dalam group baru tu, aku dah boleh agak la yang kalau aku naik pun aku akan berada di sektor yang sama. masa hari kejadian, sebelum AGM bermula aku diminta untuk buat pesanan kepada bakal pimpinan yang akan ganti tempat aku nanti. disebabkan aku dah boleh agak aku akan naik nanti sebagai apa, aku pun memberontak la. perlu ke nak buat pesanan, ucapan bagai. buat ucapan untuk diri sendiri buat apa. dan lagi satu, aku sebenarnya memang dah tak ada mood pun nak pegang lagi jawatan yang sama. aku tak suka kerja yang aku kena buat dalam jangka masa yang lama dan berulang. bagi aku benda tu tak buat aku lagi berkembang. masa meet...

Nature

Assalamualaikum.. Hai. Lama tak menulis. Kali ni nak share sikit je pasal surrounding. Apa yang berlaku, apa yang boleh diambil iktibar untuk kehidupan. Ada sekali tu aku ada aktiviti yang melibatkan warga atau penduduk labuan. Aku temu ramah ada sorang mak cik ni, nak mintak pendapat dia berkenaan kenaikan harga barang sekarang, dia okay ke kalau harga barang lepas ni naik. Aku terkejut dengan jawapan dia. Dia SETUJU (means okay). Aku pun tanya lah kenapa setuju pulak? Dia kata, dah kalau orang lain setuju dan ok, kenapa saya x setuju. *Dan kalau pun ada rakyat yang rasa tertindas, kerajaan tetap akan naik kan harga jugak. Aku monolog sendiri sambil mendengar hujah mak cik tu. Kemudian aku tanya lagi, mak cik memang asal dari labuan ka? Dia kata aku dari philipine. Cari rezeki di sini. Mau hantar anak sekolah. Kos sara hidup kat sana tinggi jugak. Lepastu aku ada dengar cerita dan aku perhatikan sendiri anak-anak kecil di sebelah sabah labuan ni keluar cari kerja. Diorang macam-maca...